Tuesday 4 December 2012

Kesihatan Diri - Pemakanan

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun: 6
Topik: Kesihatan Diri

PENGENALAN
Pengambilan bahan berasaskan bijian sempurna amat penting kerana bahan ini lengkap dan masih mengandungi nutrien penting seperti vitamin E dan vitamin B yang hanya akan hilang jika diproses. Contoh bijian sempurna ialah beras ceruh, oat, gandum lengkap, bran gandum dan bran oat. Selain daripada nutrien, bijian sempurna seperti oat mengandungi khasiat tambahan seperti serat terlarut yang membantu merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan sembelit. 


PIRAMID MAKANAN

1.  Tahukah anda apa itu Piramid makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Gambar rajah di bawah menunjukkan jenis makanan mengikut kumpulan dalam piramid makanan.

Sumber gambar: slimdietnet.com

2.  Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
  • Paras 1 - Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian 
  • Paras 2 - Buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Paras 3 - Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu 
  • Paras 4 - Lemak, minyak, gula dan garam 
3.  Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
  • Paras 1 - Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian) 
  • Paras 2 - Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian) 
  • Paras 3 - Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian) 
  • Paras 4 - Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

PENTINGNYA PEMAKANAN SEIMBANG BERDASARKAN PIRAMID MAKANAN

Pemakanan yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan kanak-kanak yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.

Apabila mereka berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik. Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum, kanak-kanak memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.

Monday 3 December 2012

Panduan Kebersihan dan Kesihatan Diri

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun: 6
Topik: Kebersihan dan Kesihatan Diri

Kandungan Pelajaran:
Anda dikehendaki menonton klip video berikut sehingga selesai. Kemudian, anda dikehendaki melengkapkan soalan-soalan yang berikutnya. (Masa yang diperuntukan untuk menonton klip video ini adalah lebih kurang 10 minit)


Kredit video: Doktor Muda

Jawab soalan-soalan berikut (Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan ini adalah sekitar 30 minit):
  1. Apakah anggota tubuh kita yang paling mudah terdedah kepada kotoran?  
  2. Bilakah masa dan keadaan yang memerlukan kita mencuci tangan?
  3. Apakah akibat yang berlaku kepada rakan-rakan Aiman yang tidak mencuci tangan dengan cara yang betul? 
  4. Senaraikan ketujuh-tujuh langkah mencucui tangan mengikut urutan.

Friday 30 November 2012

Kesihatan Diri - Soalan Kefahaman

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun: 6
Topik: Kesihatan Diri

LATIHAN PEMAHAMAN

Sebelum mengikuti latihan ini, pastikan murid telahpun membaca bahan pembelajaran yang telah cikgu sediakan dalam pembelajaran lepas (boleh rujuk di sini). Sekiranya anda telahpun membaca bahan berkenaan, anda boleh terus menjawab latihan ini. 

Jawapan boleh ditulis di atas kertas soalan (yang telah dicetak).


Thursday 29 November 2012

Bahasa Malaysia Tahun 6 - Kesihatan Diri

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun: 6
Topik: Kesihatan Diri

MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:
  1. badan sihat 
  2. tiada jangkitan kulit 
  3. sentiasa cergas dan ceria 



Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman.Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang laindipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita.Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.



Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu berminyak dan kering.Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepalaadalah di antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di klinik.

Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkansetiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Gunakan, floss untuk membuang sisamakanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2 kali setahun. Gunakan alat pelindung gigi jika terlibat dalam sukan lasak.

Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkantenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remajamemerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuhdibersihkan sebelum tidur.

Wednesday 28 November 2012

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian

Rancangan ini cikgu muat-naik di sini sebagai panduan pelajar mengikuti pembelajaran secara online.

Rancangan Pengajaran Harian