Thursday, 29 November 2012

Bahasa Malaysia Tahun 6 - Kesihatan Diri

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun: 6
Topik: Kesihatan Diri

MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:
  1. badan sihat 
  2. tiada jangkitan kulit 
  3. sentiasa cergas dan ceria 



Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman.Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang laindipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita.Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.



Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu berminyak dan kering.Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepalaadalah di antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di klinik.

Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkansetiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Gunakan, floss untuk membuang sisamakanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2 kali setahun. Gunakan alat pelindung gigi jika terlibat dalam sukan lasak.

Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkantenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remajamemerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuhdibersihkan sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment